Friday, 28 April 2017

kem

Aku memang jarang pergi kem-kem macam ni. Masa sekolah rendah, banyak lawatan je, bukan kem. Pernah lah sekali masa darjah 4, pergi kem anjuran sekolah agama aku. Sebenarnya kem tu untuk ahli kelab Nadi Ansor je (jangan tanya aku apa maksud Nadi Ansor tu, aku sendiri pun tak tahu). Tapi padan muka lah, aku dengan geng-geng aku kat situ main celup masuk kem tu. Dalam kem tu paling tua form 2 weh. Memang rasa terpencil gila huh.

Ada sorang akak form 2 grup aku tak tahu nama tapi aku memang ingat. Dia berlatih buat CPR masa kem, loya. Lepastu ada satu malam tu kitorang satu grup kena buat ikan bakar, akak tulah yang sapu kunyit dan garam tu semua. Lepas habis masak, apa lagi, makan dan habiskan lerrr ikan tu. Akak tu satu cubit tak rasa. Grup lain makan satu gigit lepastu dah. Sejujurnya, ikan tu masin sangat. Mau grup aku kena marah dengan fasi sebab grup aku je yang tak habiskan ikan. Apa lagi, aku pun sukarela untuk habiskan ikan tu, sorang-sorang laktu. Mujur tak darah tinggi. Apa-apa pun, memang pengalaman pertama kem memang tak boleh dilupakan ah.

Ha ni nak cerita pasal kem kat sekolah aku. Selama ni kem dalam sekolah je, kau tahu -,- aku pun dah 'decide' nak tukar unit beruniform setiap tahun. Nak lah merasa juga unit lain macam mana. Setakat ni aku dah masuk kadet bomba dengan kadet polis. Tahun ni aku kadet pertahanan awam. Sebenarnya, kem yang dianjurkan ni takde kaitan pun dengan unit beruniform tapi lebih kepada kepimpinan. Takpelah, yang penting kita 'enjoy'! ^.^

21-4-2017
Hari Jumaat itu, penghulu segala hari. Setiap hari Jumaat juga, kami amat gembira kerana esoknya bukan hari persekolahan >< Saya sejak dulu lagi suka hari Jumaat, sebab masa sekolah rendah dulu biasanya hari Jumaat dapat balik sekolah awal HAHAHAHA. Kalau di sekolah berasrama saya pula, setiap hari Jumaat, perempuan muslim dikehendaki memakai baju kurung putih, berkain samarinda dan bertudung hitam. Entah mengapa tapi SAYA SUKA PAKAI BAJU KURUNG TU sebab saya suka dan baju tu senang nak gosok hoho. Pada hari Jumaat juga, Dewan Makan akan hidang makanan yang paling sedap untuk minggu itu dan yang paling best, dapat makan aiskrim! Yeay
(no one is too old for ice-cream okayyy)


Lain pula pada Jumaat minggu lepas. Semua kena pakai baju kemeja/ kemeja T permata dan berseluar slack hitam. (Saya PALING SUKA baju permata berbanding baju kurung putih itu sebab takyah gosok HAHAHA)

Namun, kelas berjalan seperti biasa. Mujur kelas hari Jumaat saya semuanya subjek yang tidak berat bagi saya. Walaupun sebenarnya ramai agak terkilan sebab mengharapkan takde kelas pada hari tu -,-

Selepas pelajar muslimin pulang solat Jumaat dari masjid, semua pelajar berkumpul di Dewan Serbaguna sebelum bertolak menaiki bas. Walaupun bas yang saya naik tu ada air-cond tapi SAYA TETAP BERPELUH dan membuatkan saya BERBAU BUSUK. Saya harap tiada siapa yang menghidu kebusukan saya ketika itu huhu. Apa-apa pun, perjalanan memang lama. Dari Bangi ke Gombak. Saya sempat lah jugak throwback lagu dan kareoke dengan kawan-kawan. Saya tak sempat nak tidur, tengok-tengok je dah sampai.



Masa sampai tu kami letak barang, solat Asar berjemaah, berkumpul di dataran sekejap, lepastu MAKAN. YA SAYA SANGAT LAPAR MASA TU DAN RASA MACAM NAK TAMBAH JE. Masa berkumpul di dataran tu, kami disambut oleh abang Boy yang mulanya menipu kami yang nama dia 'Tabib Cinta bin Tabib Kasih' -_- sumpah lah masa mula-mula tu saya percaya heish. DAN DAN DAN kami diperkenalkan dengan komander kem atau 'camp commander' atau boleh dipanggil sebgai kemkom atau KK. Nama sebenar? Tak diberitahu. Kemkom tu cakap, dia sentiasa memerhati. Ok itu menyeramkan.

Selepas taklimat di dataran itu, kami solat Maghirb, barulah makan malam, lepastu kami solat Isyak lalu semua berkumpul di Dewan Ketat (saya rasa dewan tu dapat nama sebab dewan tu tak besar, tapi mampu mengumpul kami yang ada 300+ orang ni hoho). Di Dewan Ketat, kami belajar cheersssssss yeayyyyy. Kami belajar enam ciri-ciri yang ada dalam pemimpin. 1. Amanah, 2. Bertanggungjawab, 3. Berani, 4. Bijak, 5. Disiplin, 6. Masa

Oh ya malam tu jugak kami main osum.
Alaa, yang air-batu-burung tulah.
Aku 'strike' weh :p

Sebenarnya banyak lagi cheers tapi tulah... malam tu saya ngantuk sangat. Tak berapa nak fokus. Malam tu jugak, ada sesi di mana setiap fasi memperkenalkan diri tapi masa tu saya betul-betul tidur terlentok huhu. Lepastu ada senamrobik (?) walaupun pada tengah malam, kami tetap menikmati senaman itu, berdendangkan lagu Darah Muda, nyanyian Bunkface.

Selepas itu ada sesi perkenalan dengan setiap fasi. Selepas sesi itu, kami dibahagikan kepada 20 kimpulan. Saya kumpulan 16. Setiap kumpulan diberi spidol dan sehelai kain putih besar. Kami dikehendaki mencipta dan melukis logo nama kumpulan yang berdasarkan hasil gabungan haiwan dan alat muzik. Nama kumpulan saya SILING. Singa + seruling. Kenapa SILING? Kerana kami mahu sentiasa berada di tempat teratas, seperti siling xD

Pada malam itu, logo tidak sempat disiapkan. Huhuhu.

22-4-2017

Saya bangun seawal 4.30 pagi untuk mandi, airnya sangat sejuk hingga menusuk ke tulang sumsum. Sebelum 5.30 pagi, kami perlu tiba di Dewan Ketat untuk menunaikan solat Subuh berjemaah dalam kalangan perempuan sahaja. Kemudian ada tazkirah yang disampaikan oleh kakak-kakak fasi kita. Akan tetapi, pagi-pagi lagi saya sudah tidak boleh berjalan. Kemkom itu punya fasallah, lepas tazkirah itu terus dia suruh kami ketuk ketampi sebab katanya ada yang tak tidur malam semalam. Saya marah betul. Denda orang itu je, sudahlah. Kenapa semua yang kena? -_-

Sementara menunggu senamrobik bermula pada 7.30 pagi, saya tidur 'berjemaah' juga bersama rakan-rakan di Dewan Ketat itu juga. Saya suka senamrobik yang dilakukan, diiringi pula lagu yang rancak maka bertambah semangatlah kami. Selepas sarapan, kami ada 'jungle trekking' di mana kami akan meredah hutan YEAY saya amat inginkan pengalaman ini kerana saya tidak pernah melakukannya sebelum ini... Sebelum bertualang, kami mendengar taklimat yang berbaur pesanan dan peringatan oleh Tuan Hafiz.

Pengembaraan kami lama, dan mencabar, dan menyeronokkan! Kami meredah sungai, habis kasut saya basah dan dimasuki pasir. Semasa meredah hutan pula, banyak tumbuhan-tumbuhan dan pokok pelik yang kami jumpa. Hutan yang kami redah itu menuju ke sebuah pembentung. Pembentung itu kami masuk dan akhirnya kami tiba di destinasi kami - sungai! (sungai ini tidak sama dengan yang redah pada mulanya tadi ok). Kami bermandi-manda ala kadar (kerana kami perempuan) juga merakam kenangan hasil khidmat exco multimedia.


Seputar tengah hari, sebelum kami pulang ke tapak kem kembali, kami membawa pulang ranting-ranting dan daun kering untuk kegunaan aktiviti seterusnya. Kami pula tiba di tapak kem dengan perut yang lapar. Kami dihukum ketuk ketampi sebab sepanjang perjalanan, kami berjalan dalam satu barisan dan ada barisan yang putus. Saya rasa bersalah sangat sebab barisan yang putus itu di bahagian saya. Huhuhu saya redha.

Perasmian kem kepimpinan kemudian dijalankan oleh Prof Madya Dr Rorlinda selaku Timbalan Pengarah Pusat PERMATApintar. Beliau berharap agar kami dapat memperoleh pengalaman yang berguna agar dapat menjadi pemimpin global masa hadapan.

Petang itu pula juga ada aktiviti. Memandang ada keseluruhannya ada 20 kumpulan. Setiap kumpulan diberi buluh dan beras untuk menanak nasi. Sebiji teur juga diberikan. Cara untuk memasak telur tersebut ialah dengan melapiskan telur itu dengan tanah liat kira-kira tebal satu inci, kemudian diletakkan dalam api. Memandangkan kayu api yang dikumpul pagi tadi tidak begitu cukup untuk menampung setiap kumpulan, oleh itu setiap lima kumpulan bergabung untuk menghasilkan satu kumpulan besar. Jumlahnya ada empat kumpulan besar semua nya. Setiap kumpulan besar itu berkongsi pungguk api yang sama.

Nasi dan telur yang dimasak itu perlu dihias dan dihidang kepada fasi untuk diadili. Berita buruk; malangnya nasi kumpulan saya tidak masak. Telur sahaja yang masak sepenuhnya. Selepas pengadilan daripada semua fasi, abang Boy akhirnya memberi kata akhir. Abang Boy kata makanan kami semuanya sangat 'sedap' -_-

Malam itu, ada 'nightwalk' dan setiap orang perlu berpasangan. Sebelum itu, kami diingatkan bahawa kata kuncinya ialah 'chori chori chupke chupke'. Saya pun tak tahu apa maksud frasa, apa-apa pun saya pun perlu ingat frasa itu demi keselamatan. Saya berpasangan dengan Humairah, rakan sekelas saya. Kami berjalan melalui kegelapan malam di hutan. Humairah memegang erat lengan saya kerana dia takut sangat. Ada sorang fasi ni berpakaian serba hitam, dah lah duduk dalam gelap, nampak macam kepala dia je yang terapung. Macam mana kami tak terkejut -_-"""

Sesungguhnya 'nightwalk' tidaklah mengambil masa yang lama. Tidak silap saya, tidak sampai 30 minit pun. Garisan penamat 'nightwalk' kami adalah di Dewan Ketat. Seusai saya tiba di dewan tersebut, saya lihat ada yang masih berbual kecil menahan ngantuk agaknya tapi majoriti adalah tidur. Apa lagi, saya pun terus berdengkur tanpa peduli tentang keayuan saya. Berapa liter sudah air liur meleleh dari mulut saya malam itu. Akan tetapi, ketika saya sedang lena tidur, saya tetiba dikejutkan dengan jeritan kemkom yang menyuruh saya ketuk ketampi. Disebabkan semua orang di sekeliling saya melakukannya, saya pun terpaksa turut serta.

Sebelum tidur, kawan saya ada kata yang si kemkom ni PMS. Sebab asyik nak marah dan denda sahaja.

23-4-2017

Seperti biasa, subuh berjemaah di Dewan Ketat, lalu tazkirah. Saya tidur sebaik sejak selesai solat sehingga bermulanya senamrobik. Saya tidak dengar pun sepatah yang dikata oleh kakak fasi itu semasa beliau memberi tazkirah. Huhuhu. Seperti pagi semalam juga, kami kena ketuk

Selepas senamrobik pula ada sarapan, kemudian kami diberi masa untuk menyiapkan logo kumpulan yang tertangguh itu. Setiap kumpulan juga diberikan sehelia kertas mahjung dan disuruh untuk menulis segala kritikan atau penambahbaikan atau luahan hati terhadap kem itu. Saya dan rakan-rakan tulis dengan sejujurnya. Abang Boy hasut kami untuk meluahkan perasaan kami terhadap kemkom yang selama ini kami sakit hati. Ok, saya tahu itu kejam tapi... dah nama pun jujur kan.

Bermulalah sesi pembentangan kami. Semua kumpulan gempak-gempak belaka. Saya terhibur dengan semuanya. Ada satu nama kumpulan ni namanya BENGONG, hasil gabungan 'bear n gong' katanya. Kreatif, bukan? -.-

Selesai pembentangan daripada semua kumpulan, kami berjimba! Ok takdelah, sebenarnya kami bersenamrobik dengan lagu tema kem kami, Darah Muda. Baru sahaja hendak memulakan senamrobik itu, tiba-tiba sahaja kemkom datang menutup pembesar suara yang memasang lagu itu. Kami semua agak terkejut.

Kemkom marah kami kerana beliau menerima banyak kritikan dan ayat yang menyatakan ketidak-puas-hatian terhadapnya. Bermulalah drama di situ. Saya hanya mampu duduk diam statik, tidak berkata sepatah. Kawan-kawan saya ada yang mula takut dan hendak mula menangis.

Kemarahannya amat terkesan pada kami ketika itu. Sejurus selepas kemkom melepaskan apinya, dia pulang ke bilik sebentar dan terus menggalas beg, keluar menuju ke pintu keluar kem itu. Kami sangat terrrdiam ketika itu. Abang Boy muncul menerpa kami dan bertanya kepada kami, adakah kami ingin kejadian seperti itu? Jawapannya semestinya TIDAK. Dengan segera, kami kejar dan kepung kemkom itu, menghalang beliau daripada keluar dari kem itu. Kami melakukan tepuk-tepuk kasih sayang, seperti yang diajar oleh Tuan Hafiz. Tidak lupa juga tepuk-tepuk terima kasih.

Ya, kemkom senyum. Itu kali pertama saya nampak dia senyum dalam kem ni -_- Kami semua mengusik beliau kerana terrrsenyum lalu kami menarik dia kembali ke dataran, tempat biasa kami berkumpul. Lalu kemkom pun memberi kata-kata kepada kami. Sebenarnya selama ini dia berlakon garang sahaja -_- gimik apa yang mereka rancang semua ini!!! T-T

Anggaplah perempuan yang buat 'peace' tu pemandangan ok
Poyo ah Syafiy -,-

Berlaku sesi salam-bersalaman antara para fasi dan pelajar. Ada juga sesi nangis-menangis, tapi bukan sayalah yang pastinyan -.- Selepas itu, kami meneruskan program itu dengan senamrobik yang tertangguh tadi

Begitulah pengakhiran kem ini :') Sesudah itu, kami makan tengah hari, solat Zohor, tunggu bas. Dan naik bas. Sepanjang perjalanan, bas memang senyap gila. Semua orang tidur termasuklah saya. Saya tiba di Permata dengan tudung yang basah kerana peluh dan juga air liur. Sekian.

ps; Saya suka gilaaa kem ini. Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh. Saya harap saya berpeluang ke kem yang lain daripada yang lain, seperti Kem Sri Raudah ini ^.^ Daripada 'gimik' itu, saya sedar. Kadang ramai orang berkorban untuk kita tapi kita buta dan tidak menghargai orang itu. Kepada sang pemimpin pula, terima kasih. Banyak jasa yang dilaksanakan tapi tak dihebahkan. Dan paling penting, masa itu emas. Eh silap, masa itu permata! Hehe

ps #2 : i used this entry for my journal task to be submitted to my teacher, but it's okay, here i have exaggerated a bit from the original one. HAHA! sorry for the formal words.

ps #3 : juniors in my school have been talking about this blog, MY blog. creepy, you know. yet i still dont want to delete all those immature stuff just because i am ..... nostalgic. shut up.

Gambar banyak tapi tulah, ini je yang aku dapat. Gambar dari kamera sekolah tak boleh nak letak huhu. Aireen untuk kredit semua gambar di entri ini.

No comments:

Post a Comment