Friday, 7 April 2017

semperit

Entri kali ini berbentuk diari dan curhat. Bukan cerita yang seperti biasa. Jika tidak bersedia untuk membaca ayat berjela-jela, tak perlu baca.

Di sini saya ingin melahirkan rasa kecewa saya terhadap diri saya sendiri. Pada masa yang sama, saya amat bergembira akan hikmah yang saya peroleh.

Cuba bagitau, siapa je tak pernah rasa sedih dengan markah ujian? Huhuhu

1. Saya berasa agak terkilan dengan markah pendidikan agama saya. Kawan-kawan saya menyangka markah saya lebih tinggi daripada markah mereka, ternyata kali ini rezeki mereka. Senior saya pernah tweet yang berbunyi semacam "Exam PAI buat aku rasa tak layak jadi Islam". Ok sekarang saya rasa itu. Dan dan dan, saya takde dapat walau satu gred A dalam mana-mana mata pelajaran. Ok saya bersiap sedia untuk jatuh. Bye bye dekan. Jumpa dalam mimpi.

Saya bersyukur pihak sekolah tidak menyusun senarai keputusan pelajar mengikut ranking. Kalau ya, saya akan belajar semata-matanya.

Saya juga bersyukur ibu bapa saya tak pernah hadir hari ibu bapa bersama guru yang di mana guru akan tunjuk keputusan peperiksaan kita kepada ibu bapa. Kadang teringin lah juga bila tengok mak bapak orang lain datang lepastu berkenalan dengan kawan-kawan anak dia. Saya pun nak kawan-kawan saya kenal keluarga saya.

2. Saya tahu saya pemalas. Ya, saya sangat pemalas, sejak azali lagi. Tahu tak apa yang saya lakukan pada malam ujian? Ya, saya tak baca buku. Tambahan, saya meroyan dan merepek dalam bilik sambil menjerit 'AKU TAK TAHU NAK ULANGKAJI APA'.

Dari rumet pertama sampai lah yang rumet sekarang ni, saya tak pernah cuba nak ikut sisi baik mereka. Saya pernah dapat rumet dengan senior dekan yang dapat banyak A masa ujian. Sampai kawan-kawan rumet saya tanya saya, rumet awak belajar macam mana, dia belajar setiap masa ke. Mereka siap nasihat yang contohilah dia, tetapi saya tak ikut. Huhu.

3. Orang berjaya cari penyelasaian. Orang gagal beri alasan. Saya tak tahu sama ada ini adalah alasan atau tidak, tetapi saya masih belum jumpa cara belajar yang sesuai bagi saya. Sebab saya rasa cara belajar saya salah dan tak sesuai bagi saya.

Eh jap, apa cara belajar aku?

Hm. Atau pun mungkin aku yang tak cukup usaha.

Saya cuba ingat balik cara saya belajar zaman sekolah rendah dulu. Lagi-lagi sekolah agama. Rasanya saya baca kitab tu last minute. Entahlah tak ingat. Langsung. Kalau saya tanya orang macam mana saya belajar dulu, mereka sama ada tanya saya balik soalan tu kepada saya atau mereka akan cakap yang mereka tak pernah saya belajar.

4. Saya tak tahu sama ada kita perlukan orang lain untuk berjaya. Tapi saya rasa YA. Sebagai contoh, saya pemalas. Saya boleh je ubah diri saya ke arah lebih rajin tapi... saya perlukan orang untuk ada bersama saya. Saya nak buat benda sama-sama. Oleh itu, saya ada rakan yang boleh saya belajar bersama. Kiranya macam dorongan lah bukan? Ternyata mengubah diri seorang diri itu amat susah dan berat. Kalau kita betul-betul punya semangat, saya rasa benda tu takkan menjadi masalah kerana dia sudah tekad.

5. Saya tak begitu suka cakap tentang masa depan. Dah berapa banyak cikgu yang saya tipu tentang cita-cita saya. (Ampunkan saya cikgu, berkatilah ilmu saya cikgu, pendirian saya tak tetap lagi masa tu :'))) Masa lepas UPSR, saya tak tahu nak pilih ke sekolah mana yang saya akan pergi selepas itu. (Alhamdulillah saya sekarang berada di Kolej PERMATApintar). Bila ditanya saya tentang ke mana saya berminat akan melanjutkan pelajaran, saya tak tahu. 

Walau telah dipertontonkan sekolah-sekolah terbaik dan ternama, saya masih belum punya keputusan. Tatkala kawan-kawan saya bercerita tentang kemahuan mengikut jejak abang kakak atau sepupu mereka, saya diam. Saya tak tahu siapa yang saya patut jadikan contoh. Abang kakak pun takde. Dahla saya aling tua dalam kalangan sepupu. Untuk pengetahuan, saya anak sulung, ayah saya anak sulung, dan nenek sebelah ayah pun sulung. Dan dan dan, kampung moyang saya terletak di Parit Sulong, Batu Pahat. Nampak tak?




sesungguhnya
SEMester-ini-amat-PERIT

Itu gambar tahun lepas. Tak sangka gambar tu amat berguna sekarang.


Sebenarnya saya menaip entri ini dengan perasaan berbelah bahagi. Saya tak tahu sama ada tindakan saya untuk menulis entri ini betul atau salah. Bukan apa, sebab saya rasa ada banyak lagi perkara dan kerja lain yang saya perlu utamakan sebelum blog ini.

Doakan laptop saya sihat seperti sediakala. Saya susah nak buat assignment tanpanya.

Yeay dah habis. Sekian.

1 comment: