Monday, 7 August 2017

july has ended

Aku takde benda pun nak cakap kat sini sebenarnya. Secara kasarnya, aku adalah benda nak taip kat sini tapi takde poin sangat dan post kali ini bersifat rawak.

Aku dah ada draf pasal hari lahir aku tapi tulah, tiba-tiba rasa tak nak post pulak. Draf tu dah siap dah, cuma tak masukkan gambar lagi. Tapi gambar semua dalam tablet, asyik terlupa je nak transfer. Sebenarnya, laptop aku takleh transfer pun sebab laptop aku takde tempat cucuk USB (ada tapi aku buat benda tu takde, malas nak cerita huh). Aku send gambar melalui Whatsapp je HAHAH tapi yang bengong nya aku send bukan sekaligus. Sekarang tablet pulak dah kurang siuman.

Alkisahnya begini, satu hari ni aku ada jugalah sekali berdoa nak phone baru. Esoknya, tab aku jadi sewel. Sampai ke harini, aku takut nak berdoa minta phone baru. Kat sini aku dapat pengajaran. Untuk dapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu. Aku minta phone baru, dan Allah tarik balik nikmat tab aku huhu. Untuk sekarang, kita berkomunikasi guna laptop yang rupa macam tab gergasi ni hehe. Sejujurnya aku rindu whatsapp weh.

Tapi takpe, ni aku ada satu gambar yang sempat aku ada, yeay!



Barang perempuan. Aku tak guna lagi sampai sekarang.


Bayangkan pada pagi hari jadi aku bangun pagi je ternampak benda tu. Nasib baiklah bukan hantu kotak terbang ke apa. Dah elok-elok berdiri tengok muka kat cermin lepastu sambung hempap katil balik. Sebab tak tahu nak 'react' apa punya pasal. Ok cukuplah satu spoiler di sini. Tengoklah kalau aku dapat semua gambar yang aku nak upload tu nanti, aku akan pertimbangkan nak post ke tak hehu. Kalau tak, biarlah draf itu kekal sebagai draf buat selamanya hehe.

Tapi melalui hari jadi aku hari itu, aku dapat pengajaran. Ada benda lagi penting selain birthday wishes and hadiah, iaitu ; apabila ada orang menghargai kita. Yang tak wish tu pun tak semestinya tak menghargai. Apabila dihargai, kita pun jangan lupa menghargai orang tu balik :') Thanks for all the prayers, wishes, and gifts!

Oh ya, ni mungkin lari topik tapi masa hari jadi aku (9 Julai) ada pencalonan jawatan exco kat sekolah aku. Dan masa birthday klasmet aku lak, Ilhan (24 Julai) tu pengumuman jawatan exco. Ilhan bertanding dan dia dapat kerusi. Aku bertanding dan aku TAK dapat, tapi takpe. Aku gembira dapat pengalaman tulis CV, kertas kerja, dsbg selama aku bertanding. Tak sia-sia aku kempen "Jangan undi Sabrina sebagai exco" xD

Aku selalu terfikir kalau ada orang betul-betul mengikuti perkembangan blog aku. Yang selalu baca, yang selalu singgah, yang selalu stalk tu, terima kasih. Aku rasa malu sebenarnya, eh takdelah malu sangat. Kalau tak, dah lama aku delete blog ni. Tapi aku betul-betul malu kalau ada member tiba-tiba cakap pasal blog aku ni di luar alam maya. Dah pernah ada kes klasmet aku petik nama blog aku ni. Nasib baik lah klasmet je, tapi malu tu tetap ada. Kau jangan main-main, ada bapak kawan aku siap pernah print lagi blog aku ni tau. Aku tak tahu nak bangga ke apa sia. Dahlah bapak kawan, kalau kakak abang dia ke, adik dia ke, takpe jugak TT

Ketika post ini ditulis, aku berumur 15 tahun, 3 minggu, 29 hari. Ya aku tahu, korang tak kisah.

1 comment: